Tuesday, November 19, 2013

It's been a loooong time...

Wow..it's end of 2013...it's been a long time since my last blog update.

I'm still an ummi to my 3 darling children and my many-many little angels..

Life had change here and there..but we change not because we hate people, but because we love our self. 

Lets forgive and forget...forgive all the mistakes that people did to us and forget all the bad deed. But just don't forget to remind our self not to be hurt anymore.

Allah is the best protector.  

Wednesday, April 20, 2011

Anakku, anakmu...

Semua ibu menyayangi anaknya..setiap ibu pula punya cara yg berbeza menyayangi anak mereka. Tapi bila anda sebagai ibu menyerahkan tanggungjawab kepada seorang guru mengasuh anak anda di sekolah, tak boleh anda harap guru itu akan menjadi seperti anda. Guru itu sudah tentu mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih-sayangnya kepada semua anak muridnya. Sebab itu anak anda berubah sedikit karakternya bila di sekolah kerana suasana yg berlainan ini.

Biar betapa sayangnya anda kepada anak anda, sampai suatu masa anda terpaksa mengajarnya untuk berdiri sendiri tanpa sokongan anda selamanya.
Biar betapa sukarnya untuk anak kita meniti hidup di tengah kawan-kawan barunya, anda terpaksa memberi sekadar dorongan dan bukan pertolongan atau perlindungan yang boleh mencacatkan langkahnya menuju kedewasaan.

Anak2 akan berkelahi dan bergaduh tetapi berkawan semula. Anak2 akan bertumbuk dan bercakaran tetapi bermain semula. Tapi bila anda tidak mengajar anak anda mengawal emosi, dia akan memberontak menyalahkan kawannya. Dan anda pula beremosi pada kawan anak anda yang sering mengganggu anak anda itu. Lantas anda merasakan budak itu perlu diajar!

Seketika itu anda lupa, budak itu juga disayangi ibunya. Budak itu juga buah cinta seorang wanita seperti anda. Jadi, sanggupkah anda menyalahkan seorang Hawa lain yang pada anda gagal mendidik anaknya? Adakah anda rasa anda sudah cukup sempurna sebagai seorang ibu?

Ummi tahu, pada anak-anakku..ummi memang seorang yg tegas dan selalu meminta kalian melakukan sendiri. Memang kedengarannya kejam dan sukar. Tapi itulah cara ummi menyayangi kalian dengan harapan kalian betah meniti hari2 sampai dewasa dengan penuh yakin. Hidup bukan mudah seperti yang kita janjikan...tetapi untuk orang yg tabah, tidak ada apa yg dapat membuat mereka rebah..salam penuh kasih-sayang dari ummi.

Thursday, April 14, 2011

Bila Kasih Terlerai...

Assalamualaikum..
Subuh ini menerima sms dari seorang gadis cantik yang kehilangan haluan setelah ditinggalkan kekasih hati. Gadis cantik memohon aku merayu cintanya kembali..kerana kekasih hatinya itu adalah puteraku sendiri..Pada umur 21 tahun..umur muda yang penuh gejolak rasa, sudah tentulah gadis itu terkapai-kapai dilanda ombak sedih dan bimbang.
Bila kasih terlerai..jari pun mula menuding pada kesilapan orang lain. Jarang sekali kita duduk memikir mungkin itu adalah rentetan dari kesilapan kita sendiri. Atau mungkin ada orang lain yang lebih berhak memiliki kasih yang terlerai itu.
Bila kasih terlerai..satu perkara yang perlu dipegang kukuh-kukuh untuk memujuk hati adalah mungkin Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..maka berserahlah pada ketentuanNya.
Untuk anak ummi dan si gadis cantik, selepas ini biarlah berhati-hati bila meletakkan harapan dan memburu impian..agar bila kasih terlerai kita takkan mudah melatah dan goyah..
wassalam